Http://anaszshintaa.blogpsot.com

For My FUTURE HUSBAND ~







♥ kEpaDa : Pasangan hidupku ( My Future Husband ) / Si Dia ~
♥ daRipaDa : Cik Anasz Shintaa .. 


My Future Husband..
Saya tak tahu bila awak akan hadir dlm hidup saya . Mungkin pada masa dan waktu sekarang nie , Allah tak beri pape petunjuk lagi pada saya . Yelah, 3 tahun or 5 tahun dari sekarang ( Insya-Allah) . Lama lagi kan? bRape lah uMo awak masa 3 or 5 tahun akan datang ek ? 40 kah? 30 kah? 25 kah? Saya pon tak tahu jugak . Siapalah nanti nama nama awak ek . ? Yusuf kah ? Adam kah . ? Dafi kah ? Rosyam Nor kah . ? Bruce Lee kah . ? Sathya kah . ? Lagi saya tak tahu awak . Yang pnting sekarang nie saya tahu awak ada kat luar tuh .Bila waktunya awak akan hadir dalam hidup saya kan ? Saya akan sentiasa menunggu awak . Saya akan sentiasa brdoa agar awak hadir dalam hidup saya .


My Future Husband... (ehem.. ehem..)
Saya bukanlah prempuan yg sesempurna mana . Saya juga ade kelemahannya . Sbb tuh saya tak mahu awak perfect sgt . Kalau tuh yang saya dapat , Alhamdulillah . Tu mybe rezeki saya . Tapi bagi saya ,cukup lah biase2 aje . Kalau boleh saya tak mahu lah awak SEHENSEM “Brad Pitt”, SEGAGAH “The Rock”, SEKAYA “Donald Trump” . Tetapi cukuplah sekadar penuh ilmu di dada iaitu ilmu dunia dan akhirat untuk awak bmbing saya ke jalan yg lurus dan jalan yang diredhai Allah SWT . Saya tak kata yang jalan saya sekarang nie bengkang-bengkok, cuma saya perlukan garranty untuk saya kekal berada di jalan yg lurus dan org yg dipertggungjwbkan tu adalah AWAK ! Yelah , awak kan bakal suami saya . Saya perlukan awak untuk sntiasa menasihati saya untuk mnjd isteri yg solehah dan ibu yg baik kepada anak-anak kita satu hari nnti .


My Future Husband..
Saya dapat terima kalau awak ade jerawat batu ke, panau ke, perut awak boroi ke, gigi awak jongang ke. . Saya tak kesah tuh sume . Zaman yg serba canggih nih, sume tuh dapat diatasi tau awk . Muka awak yg berjerawat saya boleh bagi krim Loreal Totally Essence . Panau awak yg tebal, saya boleh bagi Papaya Soap . Perut awak yg boroi tuh saya boleh bagi awak tali getah skeeping tok awak main tiap hari . Gigi awak yg jongang, saya boleh hantar kat klinik dokor pakar tok rawat gigi awak . Sume tuh saya boleh buat yg penting awak ikhlas terima saya . Yup . Ikhlas . Mmg nmpak mudah kan kalu tgok perkataan K-E-I-K-H-L-A-S-A-N tuh sendri? Tapi sbnrnye susah tok saya jumpa lelaki macam tuh sekarg nie . Saya harap ciri tuh ade pda awak , My Future Husband… >,<


My Future Husband.. (ehem.. ehem..)
Saya tahu zaman sekarang nie ramai prmpuan kat luar tuh yang gilakan lelaki berambut macam style Korean , smart mcm Justin Bieber lah . Saya pon suke gak sebenarnya sikit-sikit lelaki yg rmbut mcm tuh . Heheheehe . (huh! Serius balik ).. ehem2.. Tapi saya tak kesah kalau awak takde rmbut mcm tuh . Saya sebenarnya suka lelaki yang berjanggut . Berkopiah . Sejuk sikit hati pandang kan ? Lagipun dah mmg ikut sunnah Rasulullah SAW , berjanggut . Rmbut pendek pon okeyh jugak . Takde rambut langsung pon lagi okeyh . Senang skit nnti saya tak payah nk extra kan shampoo kat rumah kita untuk awak jugak . Yelah, shampoo untuk kegunaan saya seorang jep sebulan dah dua botol . Kalau awak pakai banyak jugak , bape botol lagi yang saya kene tambah kan ?? Mesti awak jugak nnti yg susah kan ? . Takpe lah awak . Yg penting kita bahgia . Yg peting khdiran awak dah cukup buat hidup saya bahagia…


My Future Husband.. 
Saya harap awak tak lah sama macam lelaki kat luar tuh . Yelah , yg pentingkan nafsu semata2 . Kalau boleh masa kita dah nikah , kita buat perncngn dulu kalau nak menimang cahaya mata . Saya tak nak lah anak kita berbelas-belas . Saya pun bukan kilang lah syg . HAHA ! Kalau boleh cukup lah maximum 5 org jep . Kalau Allah dah beri kita rezeki lebih , tuh saya tak boleh nak cakap apa . Bukan ape , kalau anak tak ramai nie tok mase pnjg jugak . Awak tahu kan zaman sekrg nie sume barang dah mahal . ? Kalau anak ramai, awak jugak yg susah nk tggung kiteorg sume . Nanti kereta pon kene beli besar2 jugak . Kesian awak nnti kan . Saya tak nak awak susah . Kalau anak ramai nanti, tak kew besar kereta yang awak kne beli tok kami semua? Kesian awak kan . ? Ish3 . * HAHA ! Gurau – gurau .


My Future Husband.. (ehem.. ehem..)
Memang rezeki saya kalau awak sehensem Shah Rukh Khan . Tp saya tak kesah kalau awak sehodoh David Teo . Saya tahu takde org yg sempurna pon dalam dunia nie . Tapi biarlah yg sedap mata memandng . Hitam pon okeyh jugak . Hitam manis kan ? Saya pon bukannye putih sangat pon . Biar kene buku dengan ruas kan ? :) Kalau muka awak tak hensem, tapi awak ada tahi lalat kat bwah dagu pon dah okeyh dah . Kalau takde , tak pew . Saya dah serik lah awak . Dapat yg hensem pon kalau tak setia, tak guna jugakkan ? Tapi awak janganlah amik kesempatan pulak tau . Mentang2 lah saya cakap saya tak kesah kalau awak tak hensem, pastuh awak biarkan janggut dgn jambang awak merebak mcm arwah Osama Bin. Laden.. Eeeee . Xmoh lah mcm tuh eh awak . Yg penting kemas . Takde lah nanti kawan2 saya kutuk2 awak . Yg penting , kalau awak setia, pnyayang, saya dah ckup puas ati dah . Dorang nk cakap ape, cakap lah.. Yg penting awak dah jadi milik saya kan ?..


My Future Husband.. 
Awak suka makan ape ek? Ape favourite makanan awak ek ? Saya bukan ape.. Nak stanby jep.. Nanti awak senaraikan kat saya okeyh ? .. Mana lah awak suke makan masakan Italian kew.. Mama x pernah ajar saya pon masakan mcm tuh.. Hehe.. Lauk2 org Melayu tuh saya thu lah.. Tp xpew, saya akn cube pnuhkan hsrat awak.. Jgn risau lah, saya tak kan sekat kalau awak nk mkn byk2.. Yelah, kalau awak gemuk pon saya tak kesah.. Sbb awak dah jadi suami saya masa tuh.. Bialah.. Bia sume gurl jauh dr awak tp yg penting saya akan selalu adew kat sisi awak.. kan syg?


My Future Husband…. (ehem.. ehem..)
Saya suka sgt kalau awak tak kong2 hidup saya.. Saya ade ramai kwn.. Saya tahu awak pon mcm tuh jugk.. Tp tuh sume sbgai kwn jep.. Tak lbih pon.. Awak jgn lah cemburu sgt k.. Kadang2 saya perlukan dorng tok teman hari-hari saya masa awk takde dekat sisi saya.. Bgos kan awk kalau kita pertahankan ukhuwah sesama Islam ? . Mestilah semua kawan2 saya masa tuh perempuan jep , tak kan ade lelaki pulak . Saya takkan abaikan awak.. Kalau kepercyaan tuh ade, sume msti xde masalah kan?.. Mcm tuh jugak saya.. Saya akan pHm awak.. Phm kemahuan awak.. Saya harap awak pon same jugak k.. Saya akan setia dgn awk . Insya-Allah , sebab tuh yang saya nak kejarkan bersama dengan awak nnti sampai ke syurga Allah . Amin ~ 


My Future Husband....
Saya akn tggu awak dr sekrg.. Kat mane lah awak sekarng nie kan ? Tidur kah..? Bekerja kah…? Belajar kah…? Sudah arwah kah..? erm.. Saya tak thu.. Yg saya mmpu berdoa pada-Nya tok tggu kehadiran awak.. Awak jaga diri baik2 k kat luar tuh.. Saya akan doakan moga Allah bg awak petunjuk tok hadir dalam hidup saya… Saya akn sentiasa menunggu awk … Peace~~


P/s : jusz tok suka-suki.. xde kne mgena yg hdup mahupun yg dah mnggal dunia.. ppe pon, saya akn tggu awk jugak … :J *persoalannya , siapa ??? umm . ;)


-nukilan khas dr cikanaszshintaa full original ♥

CINTA ALLAH ? CINTA MANUSIA ? ~ 99.99% , 0.01%


“saya sayang awak sepenuh hati saya. Saya cintakan awak sampai mati. Saya janji” si jejaka memulakan bicara.

“apa buktinya awak sayangkan saya?” si perempuan tersipu malu.

“tidak perlu pada bukti, cukuplah saya sahaja tahu bahawa awak seorang sahaja yang sedang bertakhta di hati saya” si jejaka meneruskan kata-kata manisnya.

“cukup awak sahaja tahu? Habis bagaimana saya mahu tahu yang awak cintakan saya? Cinta perlukan bukti, bukan sekadar kata-kata manis yang bermain di mulut”

“ok, kalau awak mahu buktinya, saya akan buktikan betapa cintanya saya pada awak. Sebentar” si jejaka mengeluarkan sekuntum bunga dari beg galasnya dan diberikan kepada si perempuan. Si jejaka tersenyum kerana yakin kekasihnya itu akan menerima cintanya.

 “ni je buktinya?” tersentak si jejaka kerana tidak menyangka jawapan itu akan keluar dari mulut si perempuan. “jadi, bukti apa lagi yang awak mahukan untuk membuktikan saya cinta awak sepenuh hati?”

“kalau benar awak cintakan saya. Saya minta awak buat satu perkara. Mudah sangat. Tapi itu pun kalau awak betul-betul mahu buktikan yang awak cintakan saya” tersenyum sinis si perempuan. Tertelan air liur si jejaka kerana cintanya kini dicabar.

“ok, saya bersedia. Benda apa yang awak nak suruh saya buat?”

 “saya mahu awak meminang saya . Jumpa mak dan ayah saya. Sanggup?” ***

Menyebut tentang cinta, pasti ramai akan membuat pelbagai jenis tafsiran. Ada yang mengatakan cinta ini umpama udara. Tiada udara, maka tiadalah kehidupan. Begitu juga ada yang menspesifikasikan cinta sebagai garam dalam masakan. Jangan terlalu lebih dan jangan pula terlalu kurang. Jika tidak masakan akan menjadi tidak sedap atau sempurna.

Malah tidak kurang juga yang menyatakan cinta itu buta dan boleh membutakan. Apa pun pandangan dan tafsiran, mungkin ada benarnya dan mungkin tidak. Semuanya terletak pada cara pemikiran masing-masing yang pastinya berbeza. Namun di sini aku tidak mahu mempersoalkan apakah itu cinta? Dan aku juga tidak mahu bertanya adakah cinta itu mesti dimiliki? Kerana semua orang tahu cinta itu fitrah. Dan setiap manusia yang normal pasti pernah merasai cinta. Cinta pada apa sahaja. Dan jangan sempitkan fikiran anda bahawa cinta hanya pada manusia. Tetapi luaskanlah skop cinta anda bahawa cinta itu boleh pada sesiapa sahaja selain manusia. Malah cinta itu boleh pada haiwan, tumbuhan, batu-batuan, bukit, angkasa, udara, air dan pelbagai lagi.

Apa yang ingin saya persoalkan ialah, adakah cinta yang diagung-agungkan itu sudah dibuktikan? Ya, jika anda menyatakan anda cinta pada sesuatu, pasti anda akan melakukan apa sahaja kepada objek yang anda cintai itu meskipun terpaksa menempuh pelbagai rintangan hidup.

Jika anda cintakan manusia, sudah pasti anda akan membuktikan kepadanya bahawa anda sangat mencintainya. Segala permintaannya anda akan cuba sedaya upaya untuk laksanakan. Anda akan sanggup berkorban masa dan harta hatta nyawa semata-mata untuk dirinya.
Tetapi bagaimana pula cinta kita pada Allah? Jika betul kita katakan kita cinta pada Allah, jadi mana buktinya? Adakah cukup menyatakan ‘aku cinta pada Allah’ tetapi tidak dibuktikan dengan tindakan? Sudah pasti tidak. Kerana andai kita menyintai sesuatu, kita sepatutnya sangat komited dan bersungguh-sungguh untuk memenuhi permintaannya. Tetapi kenapa jika Allah menyuruh kita melakukan sesuatu, kita tidak bersungguh-sungguh? Jom tanyakan pada diri, apakah sebabnya?

Pertama sekali kita bolehlah katakan cinta kita pada Allah sebenarnya semakin pudar. Memang cinta itu masih ada, tetapi semakin berkurang dan mula pupus. Andai kita masih mampu melakukan segala perintah-Nya yang wajib seperti solat dan zakat, tetapi tidak dengan bersungguh-sungguh, maka cinta kita pada Allah ketika itu bolehlah kita katakan kabur dan kusam. Jika kita sanggup bangun malam semata-mata untuk bersolat dan berdoa meminta ampun, ketika itu cinta kita pada-Nya sedang mekar dan harum.

Cinta pada manusia juga ada pasang dan surutnya. Seperti mana seorang suami yang sudah lama mengahwini isterinya, merasakan cinta antara mereka semakin hari semakin berkurang dek kerana terzahir sesama mereka keaiban masing-masing. Berbeza dengan sewaktu awal perkahwinan. Dialah nyawa, dialah segala-galanya. Dialah intan, dialah permata. Si suami sanggup berjaga malam semata-mata untuk menjaga isterinya dari digigit nyamuk. Si isteri sanggup mengeluarkan semua duit dari simpanannya semata-mata untuk membantu perniagaan suami. Tetapi bukan selalunya begitu, kerana ada kalanya cinta mereka akan kembali bertambah andai suami bijak mentarbiyah si isteri agar merasakan perkahwinan mereka bukan semata-mata kerana nafsu dan perasaan, tetapi tujuan utama untuk meneruskan kerja dakwah di dalam masyarakat dengan menambah zuriat yang soleh dan solehah.

Semua itu membuktikan cinta ada pasang dan surutnya. Begitu juga cinta pada Allah. Dan inilah sebenar-benar cinta agung yang tiada tandingannya. Betapa Allah telah membuktikan yang Dia sangat menyanyangi hamba-Nya dengan memberi begitu banyak peluang bertaubat meskipun kesalahan yang sama diulang. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Allah juga telah membuktikan cinta-Nya apabila telah mengurniakan segala macam nikmat dan rezeki yang tidak terhitung jumlahnya. Meskipun hamba-Nya melanggar perintah-Nya, tetapi Allah tidak pernah jemu memberi. Allah juga telah membuktikan cinta-Nya dengan mengabulkan permintaan hamba-Nya. Meskipun manusia sendiri sering lupa pada-Nya. Semua itu dan banyak lagi bukti bahawa Allah sangat cintakan hamba-Nya.

Persoalan berlegar sekali lagi, adakah cinta kita pada Allah sudah benar-benar terbukti? Atau hanya omongan kosong yang bermain di hujung bibir semata-mata? Jika benar kita cintakan Allah, apa buktinya? Dan adakah kita meletakkan cinta Allah itu melebihi segala cinta kita pada makhluk-Nya? Tanyakan pada diri. Jika benar kita cintakan Allah, maka buktikanlah dengan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya dengan hati yang terbuka. Jauh dari rasa terpaksa. Jauh dari rasa menunjuk.

Apabila dipanggil, maka segera pergi. Apabila disuruh, maka segera laksanakan. Itulah sebenar-benar bukti cinta kita pada-Nya. “Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah Kepada-Ku” (Adz Dzariyat : 56). wallahua’lam.

-cikanaszshintaa full original

THE DAY OF ASHURA /10 MUHARRAM / HARI NIE ~


Tanggal 10 Muharram dinamakan juga hari Asyura kerana pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi pejuang yang gigih menegakkan syiar islam.


Peristiwa yang berlaku pada hari Asyura:
  • Allah jadikan 7 petala langit dan 7 petala bumi.
  • Allah jadikan bulan,bintang,matahari dan cakrawala.
  • Allah jadikan Arasy,Loh Mahfuz,Kalam dan Malaikat.
  • Allah mencipta Nabi Adam Alaihissallam.
  • Allah menjadikan Siti Hawa.
  • Allah menjadikan Syurga.
  • Dimasukkan Nabi Adam ke dalam Syurga.
  • Taubat Nabi Adam diterima Allah.
  • Nabi Noh diselamatkan oleh Allah keluar dari bahtera setelah bumi tenggelam selama enam bulan.
  • Nabi Ibrahim dilahirkan dan 10 Muharram juga Baginda diselamatkan Allah daripada pembakaran Raja Zamrud.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  • Pengelihatan Nabi Yaakob yang buta dipulihkan oleh Allah.
  • Nabi Ayub dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan setelah berada didalamnya selama empat puluh hari dan empat puluh malam.
  • Laut merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa bersama pengikutnya daripada tentera Firaun.
  • Firaun dan pengikutnya tenggelam kedalam lautan tersebut.
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah Kerajaan yang besar.
  • Hari pertama Allah mencipta alam dan menurunkan hujan.
Amalan-amalan sunat pada Hari Asyura:
  • Berpuasa-Pahalanya seperti mengerjakan haji dan umrah dan mati syahid.
  • Mandi dan membersihkan diri-Nescaya hatinya tidak akan mati dan tidak akan jatuh sakit pada tahun itu kecuali mati.
  • Melebihkan perbelanjaan dalam keluarga-Diluaskan Allah rezekinya serta beroleh keamanan dan kesihatan.
  • Mengusap kepala anak yatim dan menaruh belas kasihan terhadap mereka- Diangkat oleh Allah darjatnya kesyurga.
  • Sesiapa yang berbuat baik terhadap anak yatim pada hari Asyura, seolah-olah ia telah berbuat baik kepada semua anak yatim.
  • Menziarahi orang alim (banyak ilmu) dan belajar sesuatu ilmu daripadanya-Pahalanya seperti orang Muhajirin dan Ansar.
  • Menziarahi orang sakit - Pahalanya seolah-olah ia telah menziarahi semua orang yang sedang sakit.
  • Bersedekah - Pahalanya sepertiu bersedekah satu tahun kepada zuriat Nabi Adam dan seolah-olah ia tidak pernah menolak permintaan orang yang meminta kepadanya seumur hidup.
  • Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali--Doanya dimakbulkan Allah.
  • Sunat bercelak mata - InsyaAllah tidak terkena sakit mata atau matanya dilindungi Allah daripada perkara maksiat.
  • Sunat menginai dan mengerat kuku.
  • Menjamu dan memberi minum kepada orang-Allah akan memberi seteguk air pada hari akhirat dimana dengan seteguk air itu tidak akan haus buat selama-lamanya.
  • Solat sunat 4 rakaat 1 salam pada waktu Asar - Diampunkan Allah dosanya selama 50 tahun terdahulu dan terkemudian.
  • Memperkukuhkan silaturrahim - Insya Allah dipanjangkan usianya.
  • Memperbanyakkan Zikir dan Selawat.( Khasbunnallah wa nikmal wakil, nikmal maula wa nikman nassir )

-cikanaszshintaa full original

CERPEN : SAAT-SAAT MENGHADAPI DETIK KEMATIAN ( Nukilan saya untuk majalah sekolah tahun lepas / 2010 )



Tubuhku sejuk terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu.

Yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan sebuah Lori.

Dan darahku membasahi jalan..

....

Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku kabur.Tidak dapat Ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku.Aku terasa dada Ku teramat berat sesak menghimpit Dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.

Tiba-tiba tanganku di pegang kuat.

"Mengucap sayang,,mengucap........Asyhaduallailahaillallah.. ......." ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan.

Itu suara ibu.manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.

"Bagaimana dengan keadaannya doktor?" Aku amati suara itu.Pasti itu suara abang.

"Tenat",jawab doktor dengan ringkas.

"Itu kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu usaha".

Sudah seminggu aku terlantar di wad ini,kenapa baru sekarang abang menjengah? Datang lah ke sini,aku ingin berbicara denganmu. Datanglah.....

Abang!! Bukakan mataku!!

Tapi mataku.......semakin gelap.Adakah aku sudah buta? Tidak!!!!Aku tidak mahu buta.Aku masih ingin melihat dunia ini. "Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah."Abangkah yang bersuara TU? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan,abang.Tolonglah adikmu ini.Tolong bukakan mataku.

"Tekanan darahnya amat rendah". Sayup sayup kedengaran suara doktor.

Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak.Ibu,kau hanya mampu menangis saja.Dan bila tiba saatnya,Kita akan berpisah.Tapi,ibu.....aku tidak mahu berpisah denganmu.Tolonglah ibu,selamatkan lah daku.

...

"Yassin.......".

Bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku.Aku tahu itu suara abang.Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu???

Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku takut!!!!!!!

Sedetik lagi sakaratul maut akan menjemputku! Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang.

Aku di ambang sakaratul maut...... Aku semakin tegang Dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi.Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.

"Tolong ibu,tolonglah aku, aku takut".Tapi rintihan Ku tidak di pedulikan.Apa mereka semua sudah pekak? Aku di lambung resah,gelisah Dan penuh kesah.

"Panas,dahaga,haus,panas........".tapi tiada siapa pun yang peduli. Nenekku datang,"Nenek............".

Mari cu... Ikut nenek..

"Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini".

"Ibu......". Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya.

" Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu, nak.Buangkan Islam, matilah dalam agama yahudi.....".

''Ayah.......kau datang ayah.......".

"Matilah dalam agama yahudi anakku.matilah dalam agama nasrani Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga".

"Nenek....ibu.....ayah.......suara kau kah tadi??Kenapa kau berubahlaku??Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku??

"Mengucap sayang,mengucap.Asyhaduallailahaillallah.......". Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara ibu.Tapi lidahku sudah menjadi kelu.

Manusia-manusia berjubah hitam datang."Mari ikut kami". Manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau,katanya"Mari ikut kami".cahaya putih datang.datang hitam. Datang sinaran kuning.Cahaya merah datang ."Apa ini,apa ini?.

AKULAH SAKARATUL MAUT!!!

Jeritan yang paling menakutkan pernah aku dengar!! Allahhhhhhhhhhhhh, sakitnyaaaaa!!!

Tubuhku seakan ditarik Dan gegendang telingaku pecah mengeluarkan nanah kuning pekat.

Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut Dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk.Dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku.

"Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan Allah.......".Aku tersentak.Roh Ku berselerak di dalam tubuhku.

Lalu,innalillahi wainnailaihi rajiuun....

Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup Mata memandang Dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.

Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampah yang amat busuk. "Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat sampah ni?Ah,busuknya,hanyirnya,hancingnya......".

"Assalamualaikum......". "Siapa yang memberi salam itu?". "Aku". "Kau siapa wahai pemuda???". Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.

Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh,sekotor,Dan sebusuknya di dunia ini.rambutnya yang tidak terurus,baju yang di pakai berlumut hijau,kuning,coklat Dan entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar.Tanpa di pedulikannya......jijik,loya,aku rasa........teramat loya melihatnya.



"Kau tak kenal aku?". "Tidak,jawabku tegas.Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini". "Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari". "Bohong!".Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wad ini mendengarnya. "Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini". "Akulah amalanmu yang keji..........".

Aku terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa teringat kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu.Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh!Tuhan,aku banyak dosa.Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah.Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak.tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat..Apa yang aku harus lakukan!!!!! Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku.Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis.Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku di sirami air.Air apa ini?????

"Tolong....sejuk!!!!Kenapa air ini berbau air kapur barus.Tolong jangan tekan perutku dengan kuat,sakit!!!!Kenapa ramai orang melihat aku???Aku malu......malu.....malu......!!!!!!".


Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih dibentangkan.Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu.kapas di bubuh di celah-celah badanku.Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu. "Nanti,tunggu!!jangan bungkus aku.Kenapa kalian semua buat aku macam ini?Tolong rimas....panas........".

Kemudian aku di letakkan di suatu sudut.Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku.Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama.Tapi kenapa aku di sembahyangkan?

Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri? Aku teringat kata-kata ustazku dahulu. "Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan". Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku',sujud dan tahiyyat. Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu.


Kotak apa ini?"Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan abang.Aku diusung setapak demi setapak". "Al-Fatihah!"Kedengaran suara tok imam.Kelihatan ibu,kak long,kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang.tapi kemana dia bawanya aku?". Nun jauh di sana ,kelihatan tanah perkuburan kampungku. "Ke situkah aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!". Setibanya di tanah perkuburan,kelihatan satu liang yang bersaiz dengan jasadku.Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan ke dalam liang itu. "Perlahan-lahan",aku terdengar suara tok imam memberitahu."Tolong keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!".Kini aku berada di dalam liang kedalam enam kaki.Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku.

"Tanah apa ini?". "Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah".

"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......Dari Allah kita datang,dan kepada Allah jualah kita kembali". Kedengaran bacaan talkin dari tok imam."Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar,siratul mustaqim itu benar,syurga dan neraka itu jua benar........".Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin,tetapi makin lama makin hilang.Pandanganku makin ,makin kabur dan terus tidak kelihatan.Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku.Terasa semakin gelap dan ......aku kini keseorangan.

"Nanti!Nanti!Tolong!Tolong ayah,ibu!Jangan tinggalkan aku seorang.Aku takut!!!Gelap!!!Panas!!!Tolong!!!!?

“Memadailah Kematian Sebagai Nasihat” Wallahualam..


-cikanaszshintaa full original

SEDIA UNTUK MENGHADAPI MATI !!



Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “ Berusahalah untuk duniamu seolah – olah kamu akan hidup selama – lamanya dan berusahalah untuk akhirat mu seolah – olah kamu akan mati keesokan harinya . “

Hadis di atas kan menerangkan menyuruh kita mengutamakan kerja-kerja menghadapi mati daripada kerja-kerja menghadapi hidup kerana kita disuruh berusaha untuk akhirat seolah-olah kita akn mati esok . Manakala kita disuruh berusaha untuk dunia seolah-olah kita akan hidup selama-lamanya . Maka itu , kerja dunia boleh kita lambatkan kerana masa untuk berusaha adalah begitu lama sedangkan masa untuk berusaha dengan kerja akhirat adalah terlalu dekat . Esok sahaja . Oleh itu , berusaha untuk mndapatkan iman dan takwa , berusaha untuk memperbaiki diri dan menghiasnya dengan akhlak terpuji , mestilah diutamakan .

Jadi kalau semua diri kita ini dapat bersedia dengan iman dan takwa , tidak timbullah rasa gerun dan ngeri bila bila kita berhadapan dengan suasana-suasana dasyat di saat kematian . Orang yang mati pun akan selamat berhadapan dengan suasana Izrail dan persoalan kubur , manakala org yang tinggal pun akan dapat menerimanya dengan sabar dan redha . Kerana , iman dan takwa adalah menjadi pembenteng bagi dri kita dalam berhadapan dengan kesusahan serta menjadi teman sejati yang sentiasa memberi nasihat yang baik kepada kita .

Maknanya , mengingati mati bukan untuk keselamatan akhirat sahaja . Ia juga boleh mempersediakan kita untuk keselamatan kita di dunia . Kerana , beramal bakti itu adalam ibadah yang kita bangunkan di dunia manakala ganjarannya kita petik di akhirat nanti . Membangunkan iman dan Islam bagi persediaan menghadapi mati bererti membangunkan dunia dan akhirat sekaligus . Oleh itu , kalau kita benar-benar menjadikan ingat mati itu sebagai nasihat , itulah jalan yang sebenar-benarnya untuk kita mendapatkan kejayaan dunia dan kejayaan akhirat . Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“ Sepintar-pintar manusia ialah orang yang banyak mengingatkan mati dan sentiasa bersedia menghadapinya . Mereka itulah yang bijaksana . Mereka telah pergi dengan membawa penghormatan dunia dan kemuliaan akhirat . "

Jadi mengingatkan mati bukan untuk melemahkan semangat untuk membangun dan semangat untuk mahukan kemajuan . Malah ia adalah penguat dan pendorong kepada kita untuk maju jaya . Lihat sajalah bagaimana para-para sahabat menjadikan mati sebagai matlamat mereka dalam perjuangan . Natijah dari itu , dunia bergolek di bawah tapak kaki mereka manakala akhirat mereka adalam orang yang sangat mulia di sisi ALLA SWT .

Kita hari ini sangat takut dengan mati . Bila sebut fasal mati , org akan ketawakan kita . Orang akan kita kita nie kolot dan anti dengan kemajuan . Sedangkan , kalau kita lihat kepada orang yang tidak mahu ingat mati itu , kemajuan yang mereka usahakan pun tidak sampai ke mana . Macam-macam penyakit yang timbul dari kemajuan yang mereka kejar itu . Seperti hasad dengki , sombong , nafsu-nafsi , terlibat dengan pelbagai maksiat dan kedurjanaan , berhutang sana dan berhutang sini , tidak pernah tenang dan tenteram , sentiasa keluh resah dan tidak sabar dan macam-macam lagi .

Akibatnya , berlakulah bermacam-macam gejala kehidupan dalam masyarakat seperti pecah-belah rumahtangga , anak mendurhakai ibu bapa , penzinaan menjadi berleluasa , buang anak , budaya lepak , rasuah , hisap dadah dan macam-macam lagi . Apakah nie yang mencerminkan budaya masyarakat yang maju jaya ? Apakah ini mencerminkan budaya masyarakat yang pintar dan bijaksana ? Umm .

Masyarakat yang sebenarnya maju dan jaya serta masyarakat yang bijak dan pintar ialah masyarakat Islam di zaman Rasulullah serta di zaman sekitar 300 tahun selepas itu . Merekalah masyarakat Islam yang berjaya mencapai kemajuan dunia hingga dapat berkuasa di tiga perempat pelusuk bumi . *google reasearch . Sedangkan hati mereka tidak putus-putus mengingati mati dan membenci dunia .

Oleh itu , untuk peringatan semua dan diri saya sendiri , utamakanlah MATI kerana yang demikian itu akan menjadikan kita orang yang maju di dunia dan selamat di akhirat .

-cikanaszshintaa


CIRI-CIRI ISTERI SOLEHAH :)

♥ ♥ ♥  Setiap isteri di muka bumi Allah SWT ini semua ingin menjadi isteri yang SOLEHAH kan ? btol . btol . btol . (bak kata upin dan ipin) . HEHE . Kalau saya ditakdirkan yang saya juga akan bernikah satu hari nanti , saya semestinya nak jadi isteri yang solehah jugak :)  . Isteri yang dapat membahagiakan suami dan hidup untuk mendapat keredhaan Allah . Nie adew beberapa tips untuk menambat hati suami dalam wujudkan rumah tangga yang bahagia dan diberkati . *pesanan wat saya & sahabat2 saya jugak ~


1. ♥ Isteri yg sentiasa MENCINTAI dan MENGHORMATI keluarga suaminya seperti mana dia MENGHORMATI dan MENYAYANGI keluarganya   sendiri .


2. ♥ Isteri yang sentiasa MENJAGA AURAT daripada pandangan yang bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri . Tidak membenarkan lelaki bukan mahramya memasuki rumahnya ketika ketiadaan suaminya .


3. ♥ Isteri yang SEDIA menjadikan suaminya sebagai KETUA KELUARGA dalam rumah tangga . Ini kera sifat semulajadi itu Allah SWT dah anugerahkannya kepada LELAKI .


4. ♥ Isteri sedia MEMBERIKAN LAYANAN dan KASIH-SAYANG yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami merasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja .


5. ♥ Isteri sedia MEMBERIKAN KESETIAAN , KETAATAN dan KEPATUHAN kepada suaminya selagi suruhan suaminya tidak bertentangan dengan perintah agama .


6. ♥ Isteri yang sentiasa MENJAGA RAHSIA dan MARUAH suaminya . Begitu juga dengan MARUAHNYA SENDIRI ketika ketiaadaan suaminya tersebut . Isteri perlu memohon keizinan suaminya bagi keluar dari rumah ataupun mengerjakan puasa sunat .


7. ♥ Isteri perlu BIJAK MENGURUSKAN HARTA suaminya dalam berbelanja dengan kadar SEDERHANA dan tidak MEMBAZIR . Cara ini dapat menyelamatkan suami daripada MASALAH KEWANGAN .


8. ♥ Isteri yang sedia MENERIMA PEMBERIAAN suami dengan penuh KEIKHLASAN dan KERELAAN . Isteri tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu untuk menunaikannya .


9. ♥ Isteri yang SENTIASA BERSYUKUR dan TENANG , sama ada MENERIMA NIKMAT ataupun DUGAAN daripada Allah SWT . Sedi melaksanakan TUGAS dan TNGGUNGJAWAB sebagai seorang isteri dan ibu serta PERINTAH Allah dengan TENANG dan SABAR .


10. ♥ Isteri yang BERDIAM DIRI sambil MENDENGAR sewaktu suaminya sedang bercakap .


11. ♥ Isteri yang sedia MELAYANI dan MEMENUHI kehendak batin suaminya sewaktu DIPERLUKAN .


12. ♥ Isteri yang sentiasa MENGHIAS DIRI apabila di hadapan suaminya dan sebaliknya pula apabila ketiadaan suami .


13. ♥ Isteri yang sentiasa MENDAHULUKAN keperluan suaminya daripada keperluan sendiri .


14. ♥ Isteri yang sentiasa BERSIKAP MALU pada suaminya , BERSOPAN SANTUN dalam pERKATAAN dan juga PERBUATANNYA .


15. ♥ Isteri yang MENEMANI suaminya ke muka pintu sewaktu hendak keluar dari rumah dan MENYAMBUTNYA dengan senyuman sewaktu suami pulang ke rumah .


p/s : Semoga kita  (bkal isteri or yang sudah mnjadi isteri ) tergolong dalam golongan isteri di atas . Insya-Allah kan ?? (^,^)



Saya Tak Bersedia Untuk Berkahwin Laaaah ~

          Assalamualaikum . Saya tak tahu kenapa tiba-tiba malam nie saya ade mood nak tulis pasal nie . Tergerak hati saya nak tulis tentang tajuk nie . Semua orang bila cakap pasal "PERKAHWINAN" mesti ramai yg suka kan ? Tapi bergantung pada individu tersebut dan cara hidup mereka sendiri . "PERKAHWINAN" bukan perkara yang boleh buat main . Perkahwinan akan melibatkan cara dan kehidupan kita yang berlandaskan hukum Islam dan tanggungjawab kita sebagai suami atau isteri buat selama-lamanya dengan izin Allah (perkahwinan tersebut kekal atau tidak) . Perkahwinan terjalin dengan ikatan cinta antara kaum Adam dan Hawa . Perkahwinan itu mnjadi indah kalau si isteri dan suami itu saling ikhlas dalam mencurahkan ksih sayang seterusnya menjalankan kewajipan dengan adil bertemankan ilmu Allah . Memanglah perkahwinan tuh dapat mencegahkan diri kita daripada menghampiri zina dan sebagainya . Tetapi , perkahwinan juga dapat mendekatkan kita dengan dosa-dosa besar . Contohnya sebagai isteri , dia melawan cakap suaminya maka berdosa besarlah dirinya kerana syurga terletak di bawah tapak kaki suami . Contonhnya bagi suami pula , melepaskan tanggungjawab dalam mendidik isteri . Dosa jugak akibatnya . Jadi dalam perkahwinan ini bukannya perkara yang mudah kan ? Seseoarng itu kena ada kekuatan dalam dirinya dan ilmu yg kuat tentang agama yang ditetapkan Allah supaya kehidupan seharian sepanjang bergelar suami dan isteri dapat diberkati oleh-Nya . Insya -Allah .


          Ramai yang tak percaya pada saya bila saya cakap yang saya nie single . Yup , saya mmg single and not available lah k . Saya cakap mengenai nie sebab ramai yang tanya kat saya bila saya nak kahwin ? ayoyoy , soalan apew tuh ek ? . Huhu . Saya tak bersedia lagi lah . lalalalala ~ Sebabnya , saya masih ada tanggungjawab yang ingin saya selesaikan untuk bekalan dunia mahupun di akhirat kelak . Hidup sebagai anak sulung nie memang besar peranannya . Saya takkan salah kan mama saya (Puan Moaslinda Mohammad ) dan ayah saya (Kasran B Muslim) sebab besarkan saya sebagai anak sulung dan "bebankan" saya dengan pelbagai harapan dan tanggungjawab yang harus saya pikul dalam menjadi harapan keluarga disamping menjadi contoh kepada adik-adik saya jugak . Sebaliknya saya bersyukur sangat-sangat Ya-Allah , dengan kurnianya yang Kau berikan . Saya thu sebagai anak sulung , mmg besar kan tggungjawab saya ? . Saya x kesah . Saya thu apew saja yg jadi pada saya hari nie sume sebab ketentuan Allah .


          Bila cakap mengenai keluarga , siapa yang tak tersentuh kan ? Umm . Saya memang "emo" skit bila sentuh pasal keluarga nie . Hehe . Walaupun saya anak sulung dan saya jauh dari family saya skrg nie , saya thu kasih sayang mama dgn ayah mmg tak pernah kurang pon untk saya . Buktinya , mama tiap2 hari call saya . Mama tak kan pernah berhenti memberi saya semangat bila saya dalam keadaan sedih or risau psl exam or saya ade masalah sendiri . Ayah pulak selalu call saya tanya duit cukup ke tak . Hehe . Ayah sumber kewangan kami . Um, ayah jugak yang paling byk bersusah untuk kami . Macam2 keje yang ayah dah buat utuk besarkan saya tiga beradik .  Yup , mama dengan ayah lah sumber kekuatan saya . Mama dengan ayah lah Hero dan Heroin saya . Takde sape yg lagi penting melainkan kehadiran mereka dalam hidup saya . Saya takkan berkahwin selagi impian mama dgn ayah saya tak tercpai . Mama dgn ayah nak tengok saya "senang" kelak . Insya-Allah kan ? umm . sedih lahh . sob . sob . :'( . Saya dah berjanji pada diri saya , walau apa pon yang terjadi saya akan cuba utk bahagiakan mereka . Bukan CUBA , saya memang WAJIB kena bahagiakan mama dgn ayah . Saya tak de masa nak pikirkan soal cinta sebab cinta saya hanya TULUS pada Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW . Saya x dew niat pon nak utarakan perkara nie pada mana-mana pihak . Saya cuma lakukan sebab saya nak berterus-terang .


          Dari saya kecil sampai dewasa (18 thun) , dewasa kew tuh ? huhuhu . Um , mama dengan ayah memang tak pernah tolak apa saje permintaan saya . Mereka memang tak pernah jemu lakukan apa saja tok bahgiakan kami 3 beradik . Sebab tuh lah , apa saja yg saya lakukan sekarng nie , memang tidak lain , tidak bukan utuk kedua mama dan ayah saya . Mama memang seorg "kaunselor" yg hebat dalam hidup saya . Mama memang tak kesah apa saja yang saya nak buat jnji perkara tuh tak langgar hukum Allah . Ayah pulak seorg yg penyabar . Ayah "cool" jep . Hehe . Ayah lembut sgt orangnya . Berbeza sgt dgn mama . Ayah memang tak reti kenal erti penat lelah untuk mencari kewangan bg mnmpung kami sekeluarga . Pagi ptg siang malam , ayah sentiasa bekerja . Walaupun kelihatan penat , bila kami tanyakan pada ayah , penat ke tak , ayah senyum jep . Saya tahu masa tuh ayah memang penat sebab muka ayah nmpak lesu sangad . :'( .


My HEROIN & HERO :))


             Um , perkahwinan memang mudah kalau kita dah dapat capai impian ibu bapa kita terlebih dahulu . Memang lah dengan berkahwin dapat mengelakkan maksiat . Tapi kita sebagai hamba Allah yang beriman , kita kena menahan segala nafsu dan dapat mengawal sndiri diri kita supaya jauh dari maksiat, zina tersebut  . Allah dah berikan kita akal tok berfikir , jadi gunalah sepenuhnya . Jika kita dekatkan diri dengan Allah dan sentiasa melakukan amalan sunat yang tidak wajib bagi diri kita Insya-Allah , Allah akan sentiasa lindungi kita daripada melakukan perkara-perkara keji dan mungkar . Perkahwinan bukan segala-galanya untuk menjadi ketengan hidup kita lebih-lebih lagi sebagai org Islam . Perkahwinan mmg wajib dilaksanakan setelah segalanya tercpai iaitu persediaan dari segi mental atau pun fizikal . Insya-Allah , moga kita dapat petunjuk dari Allah SWT kan ? Amin ~




-cikanaszshintaa full original