Http://anaszshintaa.blogpsot.com

CIRI-CIRI ISTERI SOLEHAH :)

♥ ♥ ♥  Setiap isteri di muka bumi Allah SWT ini semua ingin menjadi isteri yang SOLEHAH kan ? btol . btol . btol . (bak kata upin dan ipin) . HEHE . Kalau saya ditakdirkan yang saya juga akan bernikah satu hari nanti , saya semestinya nak jadi isteri yang solehah jugak :)  . Isteri yang dapat membahagiakan suami dan hidup untuk mendapat keredhaan Allah . Nie adew beberapa tips untuk menambat hati suami dalam wujudkan rumah tangga yang bahagia dan diberkati . *pesanan wat saya & sahabat2 saya jugak ~


1. ♥ Isteri yg sentiasa MENCINTAI dan MENGHORMATI keluarga suaminya seperti mana dia MENGHORMATI dan MENYAYANGI keluarganya   sendiri .


2. ♥ Isteri yang sentiasa MENJAGA AURAT daripada pandangan yang bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri . Tidak membenarkan lelaki bukan mahramya memasuki rumahnya ketika ketiadaan suaminya .


3. ♥ Isteri yang SEDIA menjadikan suaminya sebagai KETUA KELUARGA dalam rumah tangga . Ini kera sifat semulajadi itu Allah SWT dah anugerahkannya kepada LELAKI .


4. ♥ Isteri sedia MEMBERIKAN LAYANAN dan KASIH-SAYANG yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami merasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja .


5. ♥ Isteri sedia MEMBERIKAN KESETIAAN , KETAATAN dan KEPATUHAN kepada suaminya selagi suruhan suaminya tidak bertentangan dengan perintah agama .


6. ♥ Isteri yang sentiasa MENJAGA RAHSIA dan MARUAH suaminya . Begitu juga dengan MARUAHNYA SENDIRI ketika ketiaadaan suaminya tersebut . Isteri perlu memohon keizinan suaminya bagi keluar dari rumah ataupun mengerjakan puasa sunat .


7. ♥ Isteri perlu BIJAK MENGURUSKAN HARTA suaminya dalam berbelanja dengan kadar SEDERHANA dan tidak MEMBAZIR . Cara ini dapat menyelamatkan suami daripada MASALAH KEWANGAN .


8. ♥ Isteri yang sedia MENERIMA PEMBERIAAN suami dengan penuh KEIKHLASAN dan KERELAAN . Isteri tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu untuk menunaikannya .


9. ♥ Isteri yang SENTIASA BERSYUKUR dan TENANG , sama ada MENERIMA NIKMAT ataupun DUGAAN daripada Allah SWT . Sedi melaksanakan TUGAS dan TNGGUNGJAWAB sebagai seorang isteri dan ibu serta PERINTAH Allah dengan TENANG dan SABAR .


10. ♥ Isteri yang BERDIAM DIRI sambil MENDENGAR sewaktu suaminya sedang bercakap .


11. ♥ Isteri yang sedia MELAYANI dan MEMENUHI kehendak batin suaminya sewaktu DIPERLUKAN .


12. ♥ Isteri yang sentiasa MENGHIAS DIRI apabila di hadapan suaminya dan sebaliknya pula apabila ketiadaan suami .


13. ♥ Isteri yang sentiasa MENDAHULUKAN keperluan suaminya daripada keperluan sendiri .


14. ♥ Isteri yang sentiasa BERSIKAP MALU pada suaminya , BERSOPAN SANTUN dalam pERKATAAN dan juga PERBUATANNYA .


15. ♥ Isteri yang MENEMANI suaminya ke muka pintu sewaktu hendak keluar dari rumah dan MENYAMBUTNYA dengan senyuman sewaktu suami pulang ke rumah .


p/s : Semoga kita  (bkal isteri or yang sudah mnjadi isteri ) tergolong dalam golongan isteri di atas . Insya-Allah kan ?? (^,^)



Saya Tak Bersedia Untuk Berkahwin Laaaah ~

          Assalamualaikum . Saya tak tahu kenapa tiba-tiba malam nie saya ade mood nak tulis pasal nie . Tergerak hati saya nak tulis tentang tajuk nie . Semua orang bila cakap pasal "PERKAHWINAN" mesti ramai yg suka kan ? Tapi bergantung pada individu tersebut dan cara hidup mereka sendiri . "PERKAHWINAN" bukan perkara yang boleh buat main . Perkahwinan akan melibatkan cara dan kehidupan kita yang berlandaskan hukum Islam dan tanggungjawab kita sebagai suami atau isteri buat selama-lamanya dengan izin Allah (perkahwinan tersebut kekal atau tidak) . Perkahwinan terjalin dengan ikatan cinta antara kaum Adam dan Hawa . Perkahwinan itu mnjadi indah kalau si isteri dan suami itu saling ikhlas dalam mencurahkan ksih sayang seterusnya menjalankan kewajipan dengan adil bertemankan ilmu Allah . Memanglah perkahwinan tuh dapat mencegahkan diri kita daripada menghampiri zina dan sebagainya . Tetapi , perkahwinan juga dapat mendekatkan kita dengan dosa-dosa besar . Contohnya sebagai isteri , dia melawan cakap suaminya maka berdosa besarlah dirinya kerana syurga terletak di bawah tapak kaki suami . Contonhnya bagi suami pula , melepaskan tanggungjawab dalam mendidik isteri . Dosa jugak akibatnya . Jadi dalam perkahwinan ini bukannya perkara yang mudah kan ? Seseoarng itu kena ada kekuatan dalam dirinya dan ilmu yg kuat tentang agama yang ditetapkan Allah supaya kehidupan seharian sepanjang bergelar suami dan isteri dapat diberkati oleh-Nya . Insya -Allah .


          Ramai yang tak percaya pada saya bila saya cakap yang saya nie single . Yup , saya mmg single and not available lah k . Saya cakap mengenai nie sebab ramai yang tanya kat saya bila saya nak kahwin ? ayoyoy , soalan apew tuh ek ? . Huhu . Saya tak bersedia lagi lah . lalalalala ~ Sebabnya , saya masih ada tanggungjawab yang ingin saya selesaikan untuk bekalan dunia mahupun di akhirat kelak . Hidup sebagai anak sulung nie memang besar peranannya . Saya takkan salah kan mama saya (Puan Moaslinda Mohammad ) dan ayah saya (Kasran B Muslim) sebab besarkan saya sebagai anak sulung dan "bebankan" saya dengan pelbagai harapan dan tanggungjawab yang harus saya pikul dalam menjadi harapan keluarga disamping menjadi contoh kepada adik-adik saya jugak . Sebaliknya saya bersyukur sangat-sangat Ya-Allah , dengan kurnianya yang Kau berikan . Saya thu sebagai anak sulung , mmg besar kan tggungjawab saya ? . Saya x kesah . Saya thu apew saja yg jadi pada saya hari nie sume sebab ketentuan Allah .


          Bila cakap mengenai keluarga , siapa yang tak tersentuh kan ? Umm . Saya memang "emo" skit bila sentuh pasal keluarga nie . Hehe . Walaupun saya anak sulung dan saya jauh dari family saya skrg nie , saya thu kasih sayang mama dgn ayah mmg tak pernah kurang pon untk saya . Buktinya , mama tiap2 hari call saya . Mama tak kan pernah berhenti memberi saya semangat bila saya dalam keadaan sedih or risau psl exam or saya ade masalah sendiri . Ayah pulak selalu call saya tanya duit cukup ke tak . Hehe . Ayah sumber kewangan kami . Um, ayah jugak yang paling byk bersusah untuk kami . Macam2 keje yang ayah dah buat utuk besarkan saya tiga beradik .  Yup , mama dengan ayah lah sumber kekuatan saya . Mama dengan ayah lah Hero dan Heroin saya . Takde sape yg lagi penting melainkan kehadiran mereka dalam hidup saya . Saya takkan berkahwin selagi impian mama dgn ayah saya tak tercpai . Mama dgn ayah nak tengok saya "senang" kelak . Insya-Allah kan ? umm . sedih lahh . sob . sob . :'( . Saya dah berjanji pada diri saya , walau apa pon yang terjadi saya akan cuba utk bahagiakan mereka . Bukan CUBA , saya memang WAJIB kena bahagiakan mama dgn ayah . Saya tak de masa nak pikirkan soal cinta sebab cinta saya hanya TULUS pada Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW . Saya x dew niat pon nak utarakan perkara nie pada mana-mana pihak . Saya cuma lakukan sebab saya nak berterus-terang .


          Dari saya kecil sampai dewasa (18 thun) , dewasa kew tuh ? huhuhu . Um , mama dengan ayah memang tak pernah tolak apa saje permintaan saya . Mereka memang tak pernah jemu lakukan apa saja tok bahgiakan kami 3 beradik . Sebab tuh lah , apa saja yg saya lakukan sekarng nie , memang tidak lain , tidak bukan utuk kedua mama dan ayah saya . Mama memang seorg "kaunselor" yg hebat dalam hidup saya . Mama memang tak kesah apa saja yang saya nak buat jnji perkara tuh tak langgar hukum Allah . Ayah pulak seorg yg penyabar . Ayah "cool" jep . Hehe . Ayah lembut sgt orangnya . Berbeza sgt dgn mama . Ayah memang tak reti kenal erti penat lelah untuk mencari kewangan bg mnmpung kami sekeluarga . Pagi ptg siang malam , ayah sentiasa bekerja . Walaupun kelihatan penat , bila kami tanyakan pada ayah , penat ke tak , ayah senyum jep . Saya tahu masa tuh ayah memang penat sebab muka ayah nmpak lesu sangad . :'( .


My HEROIN & HERO :))


             Um , perkahwinan memang mudah kalau kita dah dapat capai impian ibu bapa kita terlebih dahulu . Memang lah dengan berkahwin dapat mengelakkan maksiat . Tapi kita sebagai hamba Allah yang beriman , kita kena menahan segala nafsu dan dapat mengawal sndiri diri kita supaya jauh dari maksiat, zina tersebut  . Allah dah berikan kita akal tok berfikir , jadi gunalah sepenuhnya . Jika kita dekatkan diri dengan Allah dan sentiasa melakukan amalan sunat yang tidak wajib bagi diri kita Insya-Allah , Allah akan sentiasa lindungi kita daripada melakukan perkara-perkara keji dan mungkar . Perkahwinan bukan segala-galanya untuk menjadi ketengan hidup kita lebih-lebih lagi sebagai org Islam . Perkahwinan mmg wajib dilaksanakan setelah segalanya tercpai iaitu persediaan dari segi mental atau pun fizikal . Insya-Allah , moga kita dapat petunjuk dari Allah SWT kan ? Amin ~




-cikanaszshintaa full original

KISAH DISEBALIK KEWUJUDAN NAFSU !!! -cikanaszshintaa

         
          Assalamualaikum . Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan kan ? hehe . Alang-alang dah diberi peluang , saya tak kan sia-siakan peluang dan masa yang ada untuk saya share sesuatu dengan anda semua . Sebenarnya , sebulan yang lepas saya ade ikuti satu ceramah yang berkaitan dengan NAFSU . Best sangat tajuk tuh . Saya sempat jugak amik "note" bila saya rase maklumat tuh penting dan memang bermakna maksudnya .

          NAFSU adalah satu tajuk yang sangat penting dlm usaha kita untuk mencapai tingkatan ibadah yang sempurna serta usaha kita untuk melatih diri bagi menanan akhlak mulia dan terpuji dalam diri kita . NAFSU adalah satu perkara penting dalam diri kita yang kejadiannya sama seperti roh , tidak boleh dilihat dan disentuh . 

          Allah berfirman dalam Surah Yusuf : 53 yang bermaksud " Sesungguhnya NAFSU itu sangat menyuruh kepada kejahatan kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku " . *yang sempat saya ambil pada ceramah waktu tuh . NAFSU mengajak manusia kepada kejahatan kecuali NAFSU yang diberi rahmat oleh Allah SWT . NAFSU demikian ialah nafsu yang sudah baik dan sudah dijinakkan . Tetapi , sifat asal nafsu adalah jahat . Sebab itu , untuk mendapatkan nafsu yang baik itu, nafsu yang jahat di dalam diri kita mesti diperangi habis-habisan . Jahatnya NAFSU , menurut ceritanya di dalam kitab-kitab , ia tidak mahu mengakui keesaan Allah apabila Allah tanya dia . NAFSU menunjukkan lagak & sombongnya di depan Allah SWT . Tidak seperti roh , apabila Allah tanya mereka , mereka mengaku bahawa Tuhanlah Allah , tiada yang lain melainkan Allah . Tetapi NAFSU bersikap sebaliknya , angkuh dan sombong . akibat dari keangkuhan dan kesombongan itulah , maka Allah dera NAFSU di dalam neraka selama 500 tahun sebelum ia dimasukkan ke dalam dada manusia .

          Itupun ia adalah sangat dibimbangi oleh Rasulullah SAW tentang diri umatnya dalam berhadapan dengan NAFSU . Kerana , andainya umat baginda tidak berusaha melawan NAFSU itu sungguh-sungguh maka punca kejahatan di dalam diri mereka akan terus berleluasa dan bermaharajalela. Nazubillah ~ . Kejahatan yang berlaku di muka bumi hari ini adalah disebabkan manusia gagal di dalam jihad melawan nafsu hingga akhirnya ramai yang menjadi hamba hawa nafsu .




 Mengapa sukarnya melawan hawa nafsu ? Sebabnya ia bukan musuh yang dapat kita lihat dan yang dapat kita sentuh . Ia bukan di luar jasad kita tetapi ada di dalam diri kita , mengalir bersama aliran darah hingga menguasai seluruh tubuh badan kita . Kalaulah NAFSU tuh macam manusia dan haiwan , mesti senang jep kita nak bunuh dia . dengan senjata2 yang canggih sekarang nie , tidak adew musuh yang kita tak boleh lawan kan ? Tp NAFSU ?? Berbeza jauh sekali . Untuk lawan NAFSU seperti yang dituntut Islam , kita mestilah kenal sifat-sifat NAFSU yang sebenarnya . NAFSU kan sebenarnya terdiri daripada beberapa peringkat tau . Diantaranya ialah :

a) NAFSU AMARAH .
b) NAFSU LAUWAMAH .
c) NAFSU MULHAMAH .
d) NAFSU MUTMAINNAH .
e) NAFSU RADHIAH .
f) NAFSU MARDHIAH .
g) NAFSU KAMILAH .

Maksudnya kat sini , ada tujuh peringkat nafsu . Yang paling jahat tuh NAFSU AMARAH , duduk bersemadi di dalam diri manusia . Yang sangat sempurna pula ialah NAFSU KAMILAH , yang dimiliki oleh para nabi dan rasul sahaja . * saya akan huraikan dengan lebih berkenaan dengan peringkat NAFSU nie nanti k . Insya-Allah , jika diberikan peluang lg :) . 







          

Yeyy !!! Saya adew blog :) -cikanaszshintaa

          Assalamualaikum pembuka bicara . Moga kita sentiasa diberkati Allah SWT dan sentiasa mendapat keredhaan-Nya dalam setiap perkara yang kita lakukan, Insya-Allah . Sebagai pembuka bicara saya sebenarnya happy sangat-sangat . Bersyukur sangat-sangat dengan Allah SWT sebab Dia dah kurniakan saya sahabat yang selalu menggalakkan saya melakukan kebaikan untuk meneruskan niat saya berkongsi ilmu Allah di blog nih . Hehe . 


          Blog nie sbenarnya hadiah daripada sahabat saya : Mohd Hairee Azizan . Sahabat saya kata sebagai tanda persahabatan kami . Dia tahu yang saya minat menulis & post "karangan" kat fb . HEHE . Sebab tuh dia buatkan tok saya blog nie tok mudahkan saya karang dengan lebih pjg lebar . :) Baikkan dia ? Thanks banyak-banyak tau awk . Semoga dengan adanyanya blog nie , saya dapat kembangkan dan berkongsi dengan saudara-saudara Islam yang lain juga tentang ilmu Allah dengan lebih mendalam . Hanya Allah yang tahu perasaan saya bila awak cakap awk buatkan blog nie tok saya . Saya terharu sangat-sangat lah k . Moga persahabatan kita berkekalan ~ . Moga Allah permudahkan jalan kita untuk menyampaikan dakwah yang berkenaan hal-ehwal Agama Islam agar kenikmatannya dapat kita rasai bersama . Insya-Allah ~ .





~ SAHABAT ~



Kisah Rumput dan Orang Yang Disayangi


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:

Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu: Oh, awak nak tahu ke? Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar: Baiklah…apa yang saya harus buat?

Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.


Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu: Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.




-cikanaszshintaa full original