Http://anaszshintaa.blogpsot.com

Saya Tak Bersedia Untuk Berkahwin Laaaah ~

          Assalamualaikum . Saya tak tahu kenapa tiba-tiba malam nie saya ade mood nak tulis pasal nie . Tergerak hati saya nak tulis tentang tajuk nie . Semua orang bila cakap pasal "PERKAHWINAN" mesti ramai yg suka kan ? Tapi bergantung pada individu tersebut dan cara hidup mereka sendiri . "PERKAHWINAN" bukan perkara yang boleh buat main . Perkahwinan akan melibatkan cara dan kehidupan kita yang berlandaskan hukum Islam dan tanggungjawab kita sebagai suami atau isteri buat selama-lamanya dengan izin Allah (perkahwinan tersebut kekal atau tidak) . Perkahwinan terjalin dengan ikatan cinta antara kaum Adam dan Hawa . Perkahwinan itu mnjadi indah kalau si isteri dan suami itu saling ikhlas dalam mencurahkan ksih sayang seterusnya menjalankan kewajipan dengan adil bertemankan ilmu Allah . Memanglah perkahwinan tuh dapat mencegahkan diri kita daripada menghampiri zina dan sebagainya . Tetapi , perkahwinan juga dapat mendekatkan kita dengan dosa-dosa besar . Contohnya sebagai isteri , dia melawan cakap suaminya maka berdosa besarlah dirinya kerana syurga terletak di bawah tapak kaki suami . Contonhnya bagi suami pula , melepaskan tanggungjawab dalam mendidik isteri . Dosa jugak akibatnya . Jadi dalam perkahwinan ini bukannya perkara yang mudah kan ? Seseoarng itu kena ada kekuatan dalam dirinya dan ilmu yg kuat tentang agama yang ditetapkan Allah supaya kehidupan seharian sepanjang bergelar suami dan isteri dapat diberkati oleh-Nya . Insya -Allah .


          Ramai yang tak percaya pada saya bila saya cakap yang saya nie single . Yup , saya mmg single and not available lah k . Saya cakap mengenai nie sebab ramai yang tanya kat saya bila saya nak kahwin ? ayoyoy , soalan apew tuh ek ? . Huhu . Saya tak bersedia lagi lah . lalalalala ~ Sebabnya , saya masih ada tanggungjawab yang ingin saya selesaikan untuk bekalan dunia mahupun di akhirat kelak . Hidup sebagai anak sulung nie memang besar peranannya . Saya takkan salah kan mama saya (Puan Moaslinda Mohammad ) dan ayah saya (Kasran B Muslim) sebab besarkan saya sebagai anak sulung dan "bebankan" saya dengan pelbagai harapan dan tanggungjawab yang harus saya pikul dalam menjadi harapan keluarga disamping menjadi contoh kepada adik-adik saya jugak . Sebaliknya saya bersyukur sangat-sangat Ya-Allah , dengan kurnianya yang Kau berikan . Saya thu sebagai anak sulung , mmg besar kan tggungjawab saya ? . Saya x kesah . Saya thu apew saja yg jadi pada saya hari nie sume sebab ketentuan Allah .


          Bila cakap mengenai keluarga , siapa yang tak tersentuh kan ? Umm . Saya memang "emo" skit bila sentuh pasal keluarga nie . Hehe . Walaupun saya anak sulung dan saya jauh dari family saya skrg nie , saya thu kasih sayang mama dgn ayah mmg tak pernah kurang pon untk saya . Buktinya , mama tiap2 hari call saya . Mama tak kan pernah berhenti memberi saya semangat bila saya dalam keadaan sedih or risau psl exam or saya ade masalah sendiri . Ayah pulak selalu call saya tanya duit cukup ke tak . Hehe . Ayah sumber kewangan kami . Um, ayah jugak yang paling byk bersusah untuk kami . Macam2 keje yang ayah dah buat utuk besarkan saya tiga beradik .  Yup , mama dengan ayah lah sumber kekuatan saya . Mama dengan ayah lah Hero dan Heroin saya . Takde sape yg lagi penting melainkan kehadiran mereka dalam hidup saya . Saya takkan berkahwin selagi impian mama dgn ayah saya tak tercpai . Mama dgn ayah nak tengok saya "senang" kelak . Insya-Allah kan ? umm . sedih lahh . sob . sob . :'( . Saya dah berjanji pada diri saya , walau apa pon yang terjadi saya akan cuba utk bahagiakan mereka . Bukan CUBA , saya memang WAJIB kena bahagiakan mama dgn ayah . Saya tak de masa nak pikirkan soal cinta sebab cinta saya hanya TULUS pada Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW . Saya x dew niat pon nak utarakan perkara nie pada mana-mana pihak . Saya cuma lakukan sebab saya nak berterus-terang .


          Dari saya kecil sampai dewasa (18 thun) , dewasa kew tuh ? huhuhu . Um , mama dengan ayah memang tak pernah tolak apa saje permintaan saya . Mereka memang tak pernah jemu lakukan apa saja tok bahgiakan kami 3 beradik . Sebab tuh lah , apa saja yg saya lakukan sekarng nie , memang tidak lain , tidak bukan utuk kedua mama dan ayah saya . Mama memang seorg "kaunselor" yg hebat dalam hidup saya . Mama memang tak kesah apa saja yang saya nak buat jnji perkara tuh tak langgar hukum Allah . Ayah pulak seorg yg penyabar . Ayah "cool" jep . Hehe . Ayah lembut sgt orangnya . Berbeza sgt dgn mama . Ayah memang tak reti kenal erti penat lelah untuk mencari kewangan bg mnmpung kami sekeluarga . Pagi ptg siang malam , ayah sentiasa bekerja . Walaupun kelihatan penat , bila kami tanyakan pada ayah , penat ke tak , ayah senyum jep . Saya tahu masa tuh ayah memang penat sebab muka ayah nmpak lesu sangad . :'( .


My HEROIN & HERO :))


             Um , perkahwinan memang mudah kalau kita dah dapat capai impian ibu bapa kita terlebih dahulu . Memang lah dengan berkahwin dapat mengelakkan maksiat . Tapi kita sebagai hamba Allah yang beriman , kita kena menahan segala nafsu dan dapat mengawal sndiri diri kita supaya jauh dari maksiat, zina tersebut  . Allah dah berikan kita akal tok berfikir , jadi gunalah sepenuhnya . Jika kita dekatkan diri dengan Allah dan sentiasa melakukan amalan sunat yang tidak wajib bagi diri kita Insya-Allah , Allah akan sentiasa lindungi kita daripada melakukan perkara-perkara keji dan mungkar . Perkahwinan bukan segala-galanya untuk menjadi ketengan hidup kita lebih-lebih lagi sebagai org Islam . Perkahwinan mmg wajib dilaksanakan setelah segalanya tercpai iaitu persediaan dari segi mental atau pun fizikal . Insya-Allah , moga kita dapat petunjuk dari Allah SWT kan ? Amin ~




-cikanaszshintaa full original

No comments:

Post a Comment