Http://anaszshintaa.blogpsot.com

SEDIA UNTUK MENGHADAPI MATI !!



Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “ Berusahalah untuk duniamu seolah – olah kamu akan hidup selama – lamanya dan berusahalah untuk akhirat mu seolah – olah kamu akan mati keesokan harinya . “

Hadis di atas kan menerangkan menyuruh kita mengutamakan kerja-kerja menghadapi mati daripada kerja-kerja menghadapi hidup kerana kita disuruh berusaha untuk akhirat seolah-olah kita akn mati esok . Manakala kita disuruh berusaha untuk dunia seolah-olah kita akan hidup selama-lamanya . Maka itu , kerja dunia boleh kita lambatkan kerana masa untuk berusaha adalah begitu lama sedangkan masa untuk berusaha dengan kerja akhirat adalah terlalu dekat . Esok sahaja . Oleh itu , berusaha untuk mndapatkan iman dan takwa , berusaha untuk memperbaiki diri dan menghiasnya dengan akhlak terpuji , mestilah diutamakan .

Jadi kalau semua diri kita ini dapat bersedia dengan iman dan takwa , tidak timbullah rasa gerun dan ngeri bila bila kita berhadapan dengan suasana-suasana dasyat di saat kematian . Orang yang mati pun akan selamat berhadapan dengan suasana Izrail dan persoalan kubur , manakala org yang tinggal pun akan dapat menerimanya dengan sabar dan redha . Kerana , iman dan takwa adalah menjadi pembenteng bagi dri kita dalam berhadapan dengan kesusahan serta menjadi teman sejati yang sentiasa memberi nasihat yang baik kepada kita .

Maknanya , mengingati mati bukan untuk keselamatan akhirat sahaja . Ia juga boleh mempersediakan kita untuk keselamatan kita di dunia . Kerana , beramal bakti itu adalam ibadah yang kita bangunkan di dunia manakala ganjarannya kita petik di akhirat nanti . Membangunkan iman dan Islam bagi persediaan menghadapi mati bererti membangunkan dunia dan akhirat sekaligus . Oleh itu , kalau kita benar-benar menjadikan ingat mati itu sebagai nasihat , itulah jalan yang sebenar-benarnya untuk kita mendapatkan kejayaan dunia dan kejayaan akhirat . Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“ Sepintar-pintar manusia ialah orang yang banyak mengingatkan mati dan sentiasa bersedia menghadapinya . Mereka itulah yang bijaksana . Mereka telah pergi dengan membawa penghormatan dunia dan kemuliaan akhirat . "

Jadi mengingatkan mati bukan untuk melemahkan semangat untuk membangun dan semangat untuk mahukan kemajuan . Malah ia adalah penguat dan pendorong kepada kita untuk maju jaya . Lihat sajalah bagaimana para-para sahabat menjadikan mati sebagai matlamat mereka dalam perjuangan . Natijah dari itu , dunia bergolek di bawah tapak kaki mereka manakala akhirat mereka adalam orang yang sangat mulia di sisi ALLA SWT .

Kita hari ini sangat takut dengan mati . Bila sebut fasal mati , org akan ketawakan kita . Orang akan kita kita nie kolot dan anti dengan kemajuan . Sedangkan , kalau kita lihat kepada orang yang tidak mahu ingat mati itu , kemajuan yang mereka usahakan pun tidak sampai ke mana . Macam-macam penyakit yang timbul dari kemajuan yang mereka kejar itu . Seperti hasad dengki , sombong , nafsu-nafsi , terlibat dengan pelbagai maksiat dan kedurjanaan , berhutang sana dan berhutang sini , tidak pernah tenang dan tenteram , sentiasa keluh resah dan tidak sabar dan macam-macam lagi .

Akibatnya , berlakulah bermacam-macam gejala kehidupan dalam masyarakat seperti pecah-belah rumahtangga , anak mendurhakai ibu bapa , penzinaan menjadi berleluasa , buang anak , budaya lepak , rasuah , hisap dadah dan macam-macam lagi . Apakah nie yang mencerminkan budaya masyarakat yang maju jaya ? Apakah ini mencerminkan budaya masyarakat yang pintar dan bijaksana ? Umm .

Masyarakat yang sebenarnya maju dan jaya serta masyarakat yang bijak dan pintar ialah masyarakat Islam di zaman Rasulullah serta di zaman sekitar 300 tahun selepas itu . Merekalah masyarakat Islam yang berjaya mencapai kemajuan dunia hingga dapat berkuasa di tiga perempat pelusuk bumi . *google reasearch . Sedangkan hati mereka tidak putus-putus mengingati mati dan membenci dunia .

Oleh itu , untuk peringatan semua dan diri saya sendiri , utamakanlah MATI kerana yang demikian itu akan menjadikan kita orang yang maju di dunia dan selamat di akhirat .

-cikanaszshintaa


No comments:

Post a Comment